Pendakwa raya, Catherine ­Denis berkata, tidak wujud sebarang kekeliruan berhubung kematian Yasser yang sebelum ini menimbulkan banyak keraguan dan khabar angin berbentuk konspirasi.
Katanya, pakar Perancis mendapati bahawa bahan polonium-210 dan plumbum-210 yang dijumpai di dalam kubur Yasser, datang daripada alam sekitar.
Keputusan kajian semula itu, selari dengan yang dijalankan oleh pakar Perancis pada tahun 2013 serta keputusan ujian pakar dari Rusia.
Punca kematian Yasser mula menimbulkan keraguan selepas ujian biologi terhadap sampel beberapa barangan peribadi beliau yang dijalankan di Lausanne, Switzerland mendapati terdapat ‘bahan polonium yang tidak normal’, sekali gus timbul syak bahawa pemimpin itu telah diracun.
Yasser meninggal dunia pada 11 November 2004 ketika berusia 75 tahun di Hospital Percy de Clamart, berhampiran Paris, selepas me­ngalami masalah sakit perut.
Isteri Yasser, Suha Arafat membuat aduan di Mahkamah Nanterre pada tahun 2012 apabila mendakwa suaminya telah dibunuh sehingga membawa kepada penyiasatan terperinci berhubung aduan itu. 
 AFP