Benjamin Netanyahu |
Hari terakhir kempen pilihan raya, Netanyahu akhirnya mengaku akan terus membangunkan penempatan haram Israel di Palestin.
Israel ketika ini akan menghadapi pilihan raya umum untuk memilih perdana menteri untuk penggal baharu.
Untuk rekod, Netanyahu menjawat jawatan perdana menteri selama enam tahun dan kekal sebagai personaliti paling dominan dalam politik Israel, namun menyaksikan popularitinya menjunam kebelakangan ini.
Pemerintahan 'King Bibi' dicabar
Berdasarkan undian, majoriti berpendapat parti pimpinan Netanyahu, Likud bergerak perlahan dibelakang parti Zionist Union yang diterajui Isaac Herzog.
Herzog sebelum ini berjanji untuk menghidupkan kembali penjanjian damai di antara Israel dan Palestin, juga memperbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan mengurangkan jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin.
Netanyahu mungkir janji
Menurut sebuah temuramah oleh NRG News, Netanyahu memberitahu bahawa mengembalikan wilayah Palestin akan memberikan peluang untuk golongan ekstremis untuk menyerang Israel.
Kenyataan tersebut merupakan yang terbaru dan paling jelas membuktikan Netanyahu mengkhianati janjinya sendiri untuk memberi kemerdekaan kepada negara Palestin, seperti yang diucapkan beliau pada tahun 2009.
Tahun-tahun seterusnya menyaksikan dua rundingan damai gagal dan Netanyahu terus membangunkan penempatan di Palestin.
No comments:
Post a Comment