Menteri Luar Sweden, Margot Wallstrom (dua kiri) dan Abbas semasa perasmian Kedutaan Palestin di Stockholm, kelmarin.
Menteri Luar Sweden, Margot Wallstrom (dua kiri) dan Abbas semasa perasmian Kedutaan Palestin di Stockholm, kelmarin.
STOCKHOLM - SWEDEN . Palestin membuka Kedutaan pertamanya di Eropah Barat iaitu di ibu negara Sweden, Stockholm, kelmarin.
Perkembangan terbaharu itu mencetuskan kemarahan Israel.

Pembukaan pejabat kedutaan itu diumumkan beberapa bulan selepas Sweden secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Perkara itu disahkan Duta Palestin ke Rusia, Fayed Mustafa.

Beliau berkata, keputusan untuk membuka Kedutaan di negara berkenaan muncul ketika Presiden Mahmoud Abbas melakukan kunjungan ke Sweden bermula hujung minggu lalu.

"Kami berharap tren untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara terus berkembang di Eropah.

"Sweden sudah membuat langkah besar ke arah itu," ujar Mustafa.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Sweden berikrar untuk meningkatkan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin.

"Proses pembinaan Palestin perlu diteruskan," kata Perdana Menteri, Stefan Lofven semasa mesyuarat dengan Abbas.

Sweden dilaporkan merancang meningkatkan bantuan kewangan berjumlah AS$179.74 juta (RM644.6 juta) untuk tempoh lima tahun akan datang. - Press TV