Thursday 12 February 2015

Palestin boikot produk syarikat Israel


11 Februari 2015

RAMALLAH -  PALESTIN . Jawatankuasa Kebangsaan Palestin mengumumkan langkah tegas mereka untuk memboikot produk dikeluarkan enam syarikat utama Israel di seluruh Tebing Barat bermula hari ini.

Ketua jawatankuasa itu, Mahmoud al-Aloul memaklumkan peruncit diberi tempoh dua minggu untuk menarik balik kesemua produk dihasilkan firma Tnuva, Strauss, Osem, Elite, Prigat dan Jafora.

"Tindakan memboikot produk Israel perlu menjadi strategi yang jelas dan konsisten. Ia juga adalah sebagai tindak balas terhadap keputusan Tel Aviv yang berterusan membekukan hasil cukai milik Palestin," tegasnya.

Kelmarin, Ketua Pihak Berkuasa Kastam Palestin, Ibrahim al-Jazarah memberitahu bahawa mereka akan menyelia pelaksanaan arahan itu di kawasan di mana kesemua produk tersebut dihantar secara terus kepada peruncit. - Press TV

No comments:

Post a Comment