Intifada Ketiga bakal tercetus? |
Rejim angkuh itu tetap meluluskan lebih banyak projek pembangunan di kawasan terbabit hingga mencetuskan kemarahan penduduk Palestin.
Sehingga kini, Israel tidak mahu membahagikan Baitulmaqdis yang kononnya dianggap sebagai pusat politik dan agama orang Yahudi berdasarkan Undang-undang Asas Israel.
Palestin pula terus memperjuangkan hak mereka untuk menjadikan Baitulmaqdis Timur yang pernah diduduki Jordan sebelum dikuasai Israel pada 1967 sebagai ibu negara selepas penubuhan negara itu.
Sejak kebelakangan ini, Palestin telah memberi amaran terhadap kemungkinan tercetusnya Intifada Ketiga susulan daripada situasi semakin meruncing di wilayah itu.
Bagaimanapun, kebangkitan seumpama itu memerlukan perpaduan nasional secara menyeluruh.
Beberapa faktor lain seperti pemisahan geografi Palestin dipercayai mungkin tidak dapat merealisasikan matlamat intifada pada kali ini.
Ketika kebangkitan pertama pada 1987, Gaza pernah menjadi pusat konfrontasi menentang rejim Zionis, namun penduduk kini berdepan kesukaran untuk bangkit semula akibat sekatan haram Israel.
Selain itu, perjuangan sebelum ini dikatakan mendapat sokongan sepenuhnya daripada pemimpin Palestin seperti Yasser Arafat, namun kini ia seakan ditolak oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan dakwaan itu turut diperkuatkan lagi dengan kenyataan Menteri Luar, Riad Malki.
“Intifada Ketiga tidak akan berlaku selagi Presiden Mahmoud Abbas memegang tampuk pemerintahan Palestin,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment