Sekumpulan penunjuk perasaan Palestin berarak menuju ke pusat pemeriksaan Qalandia yang terletak antara Ramallah dan Baitulmaqdis. |
Sekurang-kurangnya seorang cedera dan beberapa lagi sesak nafas selepas rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata serta bom tangan pegun ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan protes sebagai membantah keputusan penutupan Masjid al-Aqsa sejak Khamis lalu.
Aktivis Palestin, Esam Baker menegaskan mereka akan terus mempertahankan al-Aqsa dan Baitulmaqdis Timur yang kini semakin terancam akibat rancangan jahat Israel untuk merampas Kota Lama tersebut.
"Kami tidak akan berdiam diri terhadap segala bentuk tindakan yang bertujuan untuk mencemari kesucian al-Aqsa," tegasnya dipetik Press TV.
Difahamkan, Israel mengambil langkah drastik menutup pekarangan masjid itu selepas insiden cubaan bunuh ke atas aktivis Yehuda Glick yang didakwa mendalangi tindakan provokasi ke atas al-Aqsa.
Dalam perkembangan lain, lebih 100 penduduk Palestin ditahan susulan ketegangan yang semakin memuncak di pekarangan Masjid al-Aqsa sejak lebih seminggu lalu.
No comments:
Post a Comment