30 Okt - Polis Israel sejak awal pagi tadi telah menutup keseluruhan Masjid al-Aqsa buat pertama kali sejak ia berjaya merampas Baitulmaqdis (Jerusalem) dalam Perang Arab-Israel 1967.
Tindakan ini diambil berikutan cubaan bunuh ke atas Yehuda Glick, pengerusi Temple Mount Heritage Foundation malam tadi ketika ia dalam perjalanan pulang dari sebuah konferens di Menachem Begin Heritage Center di Jerusalem. Beliau adalah aktivis Yahudi yang paling lantang bersuara meminta supaya kerajaan Israel membahagikan Masjid al-Aqsa kepada dua - sebahagian untuk muslim dan sebahagian lagi untuk Yahudi.
Penutupan ini telah menyebabkan Masjid al-Aqsa menjadi lengang sehingga solat Subuh di masjid itu awal pagi tadi hanya dihadiri 8 orang jemaah termasuk imam.
Rakyat Palestin yang dihalang masuk ke Masjid al-Aqsa telah bertindak menunaikan kewajipan mereka di lorong-lorong masuk ke masjid itu.
Situasi di Masjid al-Aqsa semakin genting dari hari ke hari sejak awal Oktober apabila Aidil Adha tahun ini bertembung dengan perayaan purba Yahudi, Sukkot. Kumpulan ektremis Yahudi telah cuba menceroboh masuk ke Masjid al-Aqsa dalam cubaan menghidupkan semula perayaan purba mereka bagi menguatkan lagi tuntutan mereka ke atas pembahagian masjid tersebut.
No comments:
Post a Comment