Monday 22 September 2014

Penduduk Palestin di Gaza dihalang guna laluan Rafah


RAFAH 21 Sept. - Pihak Berkuasa Mesir semalam mengeluarkan arahan menghalang penduduk Palestin di Genting Gaza pergi ke Turki, Qatar dan empat buah negara lain termasuk Malaysia menggunakan pintu sempadan di Rafah untuk meninggalkan wilayah Palestin itu.
Seorang pegawai Palestin memberitahu laman web middleeastmonitor.com, pihak berkuasa Mesir tidak membenarkan penduduk Palestin di Gaza menggunakan laluan tersebut.
"Pihak berkuasa Mesir mengarahkan pihak berkuasa sempadan (di Rafah) supaya menghalang pelajar dan penduduk Palestin di Gaza yang ingin pergi Turki, Malaysia, Algeria, Iran, Qatar dan Libya," kata pegawai sempadan, Ismail Abul-Gabeen dalam satu kenyataan.
Hubungan antara Mesir, Turki dan Qatar tegang selepas penyingkiran Presiden Mohamed Mursi oleh tentera Mesir pada tahun lalu.
Pintu sempadan Rafah terletak antara Semenanjung Sinai dan Genting Gaza dan menjadi laluan utama bagi penduduk Palestin dengan Mesir.
Pintu itu digunakan sebagai laluan, penghantaran barangan, makanan dan bantuan perubatan tetapi ditutup oleh pihak berkuasa Mesir sejak penyingkiran Mursi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140922/lu_06/Penduduk-Palestin-di-Gaza-dihalang-guna-laluan-Rafah#ixzz3E32mgscP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment