Monday 22 September 2014

Banduan Palestin mati didera


22 September 2014
1


RAMALLAH - PALESTIN. Seorang tahanan Palestin ditahan di penjara Israel meninggal dunia akibat diseksa tentera rejim Zionis, menurut Ketua Hal Ehwal Banduan dan Tahanan Ramallah, Issa Qaraqe.

Raed Abdel-Salam Al-Jabari, ditahan 26 Julai lalu di penjara Eshel dan Qarawe mendakwa, Israel melakukan kesalahan jenayah iaitu menyembunyikan punca sebenar kematian dan penyeksaan.

"Laporan bedah siasat Jabari dijalankan Institut Perubatan Forensik di Abu Dis mendedahkan, mangsa didera dengan teruk hingga menyebabkan pendarahan dalaman yang membawa kepada kematian," katanya kepada Middle East Monitor.

Laporan turut menyebut, tiada apa-apa tanda di leher Jabari dan menyangkal dakwaan Israel yang mengatakan bahawa dia membunuh diri.

Dalam perkembangan lain, rundingan berkaitan krisis di Gaza antara pihak Palestin dan Israel di Kaherah akan disambung semula pada 24 September ini.

Difahamkan, rundingan akan didahului dengan perbincangan antara dua kumpulan utama Palestin iaitu Hamas dan Fatah.

No comments:

Post a Comment