Monday 22 September 2014

Halang datang Malaysia


Pihak berkuasa Mesir melarang penduduk Palestin di Gaza yang ingin meninggalkan wilayah itu untuk ke Turki, Qatar, dan empat negara Islam lain melalui sempadan Rafah.

“Pihak berkuasa Mesir mengarahkan pengawal sempadan untuk tidak melayan sebarang permohonan pelajar dan rakyat Palestin yang ingin meninggalkan Gaza untuk ke Turki, Malaysia, Algeria, Iran, Qatar dan Libya,” kata pegawai sempadan Ismail Abul-Gabeen dalam satu kenyataan akhbar.

Pihak berkuasa Mesir sehingga ini tidak mengulas mengenai dakwaan itu.



Hubungan Mesir dengan Turki dan Qatar tegang selepas tentera negara itu menggulingkan presiden terpilih, Mohamed Mursi.

Terletak di antara Semenanjung Sinai dan Gaza, pintu sempadan Rafah sering menjadi punca utama kepada ketegangan hubungan Mesir dan Palestin.

Pintu sempadan berkenaan yang menjadi laluan utama keluar masuk antara Gaza dengan Mesir termasuk kenderaan yang membawa barangan makanan dan ubat-ubatan, ditutup pihak berkuasa Mesir sejak penggulingan Mursi.

Tindakan Mesir itu memburukkan lagi penderitaan sedia ada penduduk Gaza selepas Israel mengepung wilayah berkenaan sejak lapan tahun lalu.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/22

No comments:

Post a Comment