BAITULMAQDIS 4 Sept. - Sebuah pertubuhan hak asasi manusia dari Israel memfailkan satu aduan jenayah perang ke atas ketua pergerakan Hamas, Khaled Meshaal kerana membunuh rakyat Palestin tanpa perbicaraan semasa Israel melancarkan perang ke atas Gaza, bulan lalu.
Pusat Perundangan Shurat HaDin memfailkan dakwaan itu di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, Belanda, semalam ke atas Khaled yang mengetuai pergerakan itu yang bertapak di Gaza, walaupun sedang hidup dalam buangan.
Menurut aduan itu, Khaled 'mengetahui tentang pembunuhan tersebut, menyelia pentadbiran Hamas di Gaza dan secara aktif menggalakkan dan menyokong pembunuhan tersebut'.
Hamas dilaporkan membunuh 18 orang penduduk Palestin di Gaza yang didakwa mengintip untuk Israel. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140905/lu_05/Pemimpin-Hamas-didakwa-di-ICC#ixzz3CNpG4QUY
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment