KHAMIS, 4 SEPTEMBER 2014 @ 2:35 PM
GENEVA: Keadaan ekonomi Palestin yang goyah semakin mengalami penurunan pada 2013 dan 2014, walaupun tanpa mengambil kira kemusnahan yang dilakukan oleh Israel dalam konflik terbaru ini.
Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) berkata pertumbuhan ekonomi Palestin merudum teruk daripada 11 peratus pada 2010 dan 2011 kepada hanya 1.5 peratus tahun lalu, dan angka itu dijangka akan mengecil lagi.
"Kemerosotan ekonomi Palestin, yang berpunca daripada statusnya sebagai wilayah diduduki, menyebabkan pertumbuhan lembab, keadaan fiskalnya yang tidak menentu, keadaan yang menyebabkannya terpaksa bergantung pada ekonomi Israel, jumlah pengangguran banyak, kemiskinan lebih mendalam dan ketiadaan jaminan mengenai perbekalan makanan," kata UNCTAD.
Agensi berkenaan, yang mengeluarkan kajian tetap mengenai ekonomi Palestin, menegaskan bahawa laporan terbarunya itu tidak mengambil kira kesan daripada konflik terbaru di Gaza.
Koordinator UNCTAD bagi wilayah Palestin, Mahmoud Elkhafif, memberitahu pemberita jumlah AS$4 bilion (RM12.8 bilion) untuk membangunkan semula Gaza adalah satu anggaran konservatif.
Menurut PBB, operasi tentera rejim Israel di Gaza memusnahkan atau merosakkan 40,000 rumah, 141 sekolah, 29 hospital, berpuluh-puluh kilang dan sebahagian besar ladang di wilayah yang mempunyai jumlah penduduk ramai itu.
Elkhafif berkata, pengangguran menjulang tinggi, pada kadar 36 peratus di Gaza dan 22 peratus di Tebing Barat, dan satu daripada empat keluarga terpaksa berhempas pulas untuk mendapat makanan untuk diri mereka sendiri.
UNCTAD berkata ekonomi Gaza berada pada kedudukan 'keruntuhan sepenuhnya' walaupun sebelum peperangan yang baru lalu, berpunca daripada sekatan tujuh tahun di wilayah berkenaan dan operasi ketenteraan Israel sebelum ini pada November 2012 dan Disember 2008.
"Eksport dari Gaza hampir dilarang sepenuhnya, import disekat dengan begitu ketat dan pengaliran semua kecuali barangan kemanusiaan asas dihentikan selama beberapa tahun," katanya.
Selain itu, ekonomi Gaza dibendung lagi dengan adanya halangan bagi pemindahan wang termasuk dolar dan dinar Jordan, yang membantutkan sektor perbankan.
UNCTAD memberi amaran mengenai kesan buruk yang akan berlaku sekiranya ekonomi Palestin tidak dipulihkan secepat mungkin.
"Bantuan asing sahaja tidak mencukupi dan apa yang diperlukan adalah pembangunan menerusi pelaburan dalam sektor produktif dan infrastruktur penting agar asas produktif dibina semula," katanya.
Agensi itu berpendapat pemulihan kekal terhadap ekonomi Palestin secara umumnya adalah mustahil tanpa usaha berterusan pihak antarabangsa bagi menamatkan sekatan pergerakan masuk dan akses ke Tebing Barat.
Ia juga menggesa agar sekatan di Gaza ditarik balik, yang menekan ekonomi di semenanjung itu dan memisahkan 1.8 juta orang dari dunia luar. - AFP

No comments:
Post a Comment