Kerry (tengah) cuba untuk menjadi perantara bagi merealisasikan pelan damai antara Israel dan Palestin. |
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dilaporkan mengadakan pertemuan selama dua jam bersama wakil perunding Palestin untuk membincangkan mengenai hubungan negara itu dengan Israel.
Rundingan itu diadakan beberapa hari selepas sekutu kuatnya, Israel mengumumkan rancangan mereka untuk merampas kira-kira 400 hektar tanah milik penduduk Palestin di Tebing Barat.
Jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki memberitahu pertemuan antara Kerry dan Saeb Erekat serta Majid Faraj itu bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu termasuk perkembangan terkini di rantau itu selepas konflik selama 50 hari di Genting Gaza berakhir.
Sehari sebelum itu, Kerry ada menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menzahirkan kebimbangannya terhadap rancangan pencerobohan terbesar Israel yang bertujuan untuk memperluaskan projek penempatan haram mereka.
Sebelum ini, ramai pegawai AS menyatakan sokongan mereka terhadap operasi ketenteraan yang dilancarkan rejim Zionis ke atas Genting Gaza sejak 8 Julai lalu.
Selain itu, Presiden Barack Obama turut didakwa menghantar bantuan aset ketenteraan kepada Israel bagi meneruskan kempen keganasan di wilayah terbabit.
Menurut laporan Biro Bancian AS, kerajaan juga telah memperuntukkan bantuan ketenteraan kepada Israel berjumlah kira-kira AS$3 bilion (RM9.5 bilion) setahun.
Bagaimanapun, usaha Kerry yang terlalu bersungguh-sungguh mahu campur tangan untuk menyelesaikan krisis Israel-Palestin telah menyebabkan banyak pihak mula mempersoalkan pendirian sebenar AS berhubung isu itu.
Adakah tindakannya hanya satu helah bagi mengaburi mata masyarakat dunia?

No comments:
Post a Comment