Saturday, 23 August 2014

Serangan Israel bunuh 5 sekeluarga, Mesir usaha rundingan damai baharu

Lelaki Palestin terkejut melihat letupan bom di sebuah rumah di Bandaraya Gaza yang menjadi sasaran serangan udara Israel hari ini.

BANDARAYA CITY: Israel meneruskan tekanan terhadap Hamas di Gaza hari ini dengan melakukan beberapa serangan udara yang membunuh tujuh rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak ketika Mesir bersedia memulakan rundingan damai baharu.

Sejak usaha diplomasi Mesir sebelum ini gagal dan menamatkan kedamaian selama sembilan hari, 84 rakyat Palestin dan seorang kanak-kanak lelaki Israel terbunuh dalam serangan.
"Mesir akan menjemput delegasi untuk kembali ke meja rundingan bagi menimbang gencatan senjata jangka panjang," kata Presiden Palestin, Mahmud Abbas selepas pertemuan dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, di Kaherah.
Sementara itu, Israel menyatakan ia melakukan 35 serangan udara ke atas Gaza hari ini manakala 30 roket dan mortar mengenai Israel dengan tiga lagi dipintas.
Saksi dan pegawai Palestin menyatakan dua masjid di Khan Yunis musnah manakala yang ketiga, di kem pelarian Shati dan sudah rosak teruk, dibom sekali lagi.
Serangan terburuk Israel memusnahkan sebuah rumah di Al-Zawayda di tengah Gaza serta membunuh pasangan suami isteri, dua anak lelaki mereka berusia tiga dan empat tahun, serta makcik mereka berusia 45 tahun.
Menurut jiran, rumah keluarga berkenaan sudah dibom pada awal konflik dan mereka kembali untuk berteduh di runtuhan kediaman itu apabila sebuah pesawat F-16 mengebomnya sekali lagi. - AFP

No comments:

Post a Comment