|
BANDAR GAZA - Sebuah organisasi antarabangsa yang menilai proses pembinaan semula Gaza menyatakan, masa 20 tahun diperlukan untuk membina semula kediaman yang musnah dalam peperangan dengan Israel.
Penilaian tersebut dibuat oleh pertubuhan bantuan antarabangsa, Shelter Cluster yang turut dipengerusikan bersama oleh agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Terdahulu, beberapa pegawai Palestin menganggarkan usaha membina semula Gaza menelan kos lebih AS$6 bilion (RM18.9 bilion).
"Sejumlah 17,000 unit rumah sama ada musnah atau rosak teruk dalam perang terbaharu di Gaza manakala 5,000 unit lagi masih perlu dibaiki akibat kerosakan yang dialami dalam beberapa kempen ketenteraan Israel sebelum ini," menurut Shelter Cluster dalam laporannya kelmarin.
Kenyataan sama menyebut usaha membina semula Gaza mengambil masa lama ekoran sekatan yang dikuatkuasakan oleh Mesir dan Israel sejak Hamas mengambil alih pentadbiran wilayah Palestin itu pada 2007.
Perang terbaharu di Gaza tercetus yang berlarutan lebih sebulan tercetus selepas Israel melancarkan udara dan darat dengan alasan untuk menghentikan serangan roket Hamas ke dalam wilayahnya. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3BugXDBE8
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment