Sunday 31 August 2014

Kisah dari Gaza 1: Keluarga Issam Jouda



Issam Jouda dari Jabaliya, Gaza kehilangan isteri dan 4 orang anaknya sekaligus dalam serangan bom Israel ke atas rumahnya pada 22 Ogos lalu.

Ketika serangan berlaku Isteri dan anak-anaknya sedang bermain diluar rumah dan beliau ketika itu berada didalam rumah. Ketika salah seorang anak perempuannya Rahaf masuk ke dalam rumah secara tiba-tiba beliau terdengar dentuman kuat mengenai kawasan luar rumahnya dan tidak dapat melihat apa-apa.

Anaknya Rahaf menjerit, 'Ayah, di mana ibu?', lantas beliau keluar dari rumah dan melihat mayat-mayat ahli keluarganya bergelimpangan dan dipenuhi darah.

Beliau dan anaknya Rahaf terus dibawa oleh jiran ke Hospital terdekat untuk menerima rawatan lanjut.

Begitulah salah satu kisah daripada lebih 2,147 kisah keluarga yang telah kehilangan ahli keluarga mereka!

Bayangkan kita ditempat mereka!

sumber berita: electronicintifada.net

***********************
Teruskan menyumbang ke Tabung Kecemasan Gaza:
=Maybank Islamic (551575-004299)
=Bank Islam (1209-20100-34904)

[AKA]
 

No comments:

Post a Comment