Sunday 31 August 2014

Malaysia sambut baik gencatan senjata Israel, Palestin - Anifah


SEORANG lelaki berpakaian ala tentera Briged Al-Qassam bersama jemaah ketika meraikan kemenangan bagi pihak Palestin berikutan persetujuan genjatan senjata di antara Palestin dan Israel bagi menamatkan pergolakan di Gaza selepas solat Jumaatdi Masjid Sultan Ahmad Shah 1 Kuantan. - Foto Khairulmzian Yahya
KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik perjanjian gencatan senjata jangka panjang antara Israel dan Palestin pada 26 Ogos, yang diusahakan Mesir sebagai orang tengah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata, Malaysia berharap perjanjian itu akan membolehkan Israel dan Palestin meneruskan rundingan secara langsung ke arah menjamin wujudnya keamanan berkekalan di rantau itu.
"Kami berharap gencatan senjata jangka panjang ini akan merintis jalan kepada rundingan bagi mencapai satu penyelesaian berkekalan terhadap sengketa Israel-Palestin," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.
Menurut Anifah, Malaysia sentiasa berpendapat keganasan bukanlah jawapan bagi apa jua konflik, sebaliknya keamanan hanya dapat dicapai melalui rundingan dan diplomasi.
Lebih 2,100 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, termasuk 495 kanak-kanak, terbunuh di Gaza akibat serangan Israel yang bermula 8 Julai. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment