Friday 29 August 2014

13 tali barut serah diri


Gaza: Seramai 13 orang tali barut Yahudi menyerah diri sejak kumpulan pejuang melancarkan operasi antitali barut bermula Jumaat lalu.

Operasi bermula dengan pelaksanaan hukuman mati ke atas 18 pengkhianat dari pelbagai daerah di Gaza.


Laman sesawang Al-Majd memetik sumber kumpulan pejuang Palestin sebagai berkata, identiti tali barut yang menyerah diri tidak akan didedahkan.

Menurut laman berkenaan, seorang daripada tali barut itu diserahkan ayah dan abangnya sendiri manakala seorang lagi dikenal pasti selepas isterinya menyalurkan maklumat mengenai pengkhianatannya kepada kumpulan pejuang.


Dia memberitahu mereka bahawa suaminya merancang menyerah diri dan ‘bertaubat.’

Laman itu juga melaporkan, kumpulan pejuang mengambil keputusan bertindak tegas terhadap rakyat Palestin yang didapati menjadi tali barut Israel.

“Kumpulan pejuang menerima arahan meningkatkan langkah menangani tali barut dan mereka yang disyaki,” lapor laman berkenaan.

Identiti tali barut yang ditahan tidak didedahkan dan mereka dianggap mati dalam serangan Israel, bertujuan melindungi maruah keluarga mereka. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/29

No comments:

Post a Comment