Monday 16 December 2013

[SHITAA' (WINTER) EMERGENCY RELIEF]



Ramalan kajian cuaca menganggarkan keadaan ribut dan hujan akan berterusan beberapa hari lagi.

Pihak berkuasa Gaza memberikan laporan berikut:-

• Lebih 100 rumah kediaman telah musnah dan perlu dibaiki segera di sebabkan musim sekarang adalah musim sejuk dan banyak lagi rumah yang rosak belum dikenalpasti bilangannya termasuk infrastruktur berkaitan.
• Terdapat kerosakan besar di kawasan pertanian dan ‘green house’ yang menyebabkan kemusnahan tanam-tanaman.
• Penternak ayam menganggarkan kematian binatang ternakan mereka mencecah USD 15juta disebabkan ketiadaan bahan api untuk memanaskan reban-reban di musim sejuk.
• 458 keluarga dengan sejumlah 2825 penduduk secara langsung terkesan dari hujan ribut yang melanda.
• 400 keluarga kehilangan tempat tinggal dan dijangka meningkat.
• Sembilan pusat perlindungan sementara di buka di Gaza iaitu di sekolah-sekolah terutama di daerah Rafah, Der al-Balah, Saftawi dan al-Nafaq street di Gaza City.
• Terdapat kerosakan besar di kebanyakkan jalan utama, infrastruktur, talian elektrik dan pembentungan.

Kebanjiran di kebanyakkan kawasan menandakan bencana kemanusiaan di gaza tambahan lagi musim sejuk dan bersalji yang mengancam 1.7 juta penduduk di Gaza.

sumber:
1) http://goo.gl/NZSdYq (Al-Jazeera)
2) http://goo.gl/0eZBYv (The Globe & Mail)


***********

Hulurkan bantuan kepada mereka melalui Tabung Shitaa' Emergency Relief Aqsa Syarif

1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904

Pakej sumbangan berjumlah RM 100 mengandungi selimut tebal dan Food Pack untuk diedarkan ke seluruh daerah di Gaza. Sasaran kutipan sepanjang kempen ini berjumlah RM500,000 bersamaan dengan 5000 set.

Spread & Share!

-AKA-

No comments:

Post a Comment