• rejim ZionisSekatan dilakukan rejim Zionis semakin teruk bertujuan memberi tekanan kepada rundingan Israel-Palestin.

GAZA - Pergerakan Hamas merayu kepada seluruh rakyat bebas di dunia untuk menggunakan segala usaha yang mungkin dapat merobohkan kepungan di Semenanjung Gaza terutama sekali selepas penutupan lintasan Rafah dan kemusnahan kebanyakan terowong.

Jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menganjurkan konvoi laut terbesar ke Gaza bagi memecahkan kepungan yang dilakukan tentera Israel.

Sejak 2006, Semenanjung Gaza dikepung rejim Zionis tetapi keadaan semakin tegang apabila tentera Mesir bertindak memusnahkan terowong Rafah sekali gus menyekat kemasukan barangan keperluan rakyat Palestin ke wilayah pantai pada 30 Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, pergerakan Hamas mendakwa kepungan di wilayah Palestin merupakan kubur kemanusiaan terbesar di dunia.

"Rejim Israel bertindak sedemikian bagi menjatuhkan ekonomi Palestin dan keadaan lebih teruk apabila penduduk berada dalam tekanan sekali gus membolehkan mereka mendapat persetujuan rundingan memihak kepada Yahudi," katanya.  - PIC