Saturday 24 August 2013

Pejuang Palestin lancar empat roket ke Israel

LEBANON 23 Ogos - Kumpulan pejuang Palestin melancarkan empat roket ke Israel dari bandar pelabuhan Tyre yang terletak di utara negara ini, semalam.
Menurut pihak berkuasa Lebanon, serangan roket itu menyebabkan beberapa letupan dapat didengar di kawasan sempadan di utara Israel.
"Kumpulan pejuang melancarkan kesemua roket tersebut dari dua arah iaitu dari selatan dan timur Tyre," jelasnya.
Israel pula menyatakan bahawa sistem pertahanannya, Iron Dome berjaya memintas satu daripada empat roket tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130823/lu_01/Pejuang-Palestin-lancar-empat-roket-ke-Israel#ixzz2cqFC0q6X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment