Thursday, 30 September 2010

Israel Guna Peluru Beracun Hadapi Konfrontasi Di Silwan

Imej30 September 2010 - Al-Quds - Para peserta Persidangan yang diadakan oleh Jawatankuasa Pembela Silwan dan Pusat Informasi al-Quds, Rabu, meminta dibentuk pasukan penyiasat antarabangsa untuk menyelidiki jenis peluru yang digunakan oleh penjajah Zionis dalam usahanya membubarkn demonstrasi oleh warga Palestin ketika berlakunya konfrontasi di bandar al-Quds seminggu yang lalu.

Dalam Persidangan ini didedahkan bahawa pasukan penjajah Zionis telah didapati menggunakan tembakan gas yang meninggalkan kesan yang nyata berupa keletihan yang luar biasa, kepanasan badan yang tinggi, muntah-muntah, sukar bernafas dan kesan-kesan jangka panjang yang boleh mempengaruhi alam sekitar.

Ketua Dewan Tertinggi Islam, Syaikh Ikrimah Sabr, mengatakan, "Tidak ada bezanya antara kumpulan pemukim pendatang Zionis dan pasukan penjajah Israel. Tindak-tanduk kedua-duanya mencerminkan satu strategi yang sama bertujuan untuk meYahudian bandar al-Quds serta menguasai tempat-tempat sucinya."

Dia menegaskan yang tindakan Zionis bertentangan dengan semua bentuk undang-undang dan ukuran antarabangsa yang mengharamkan penggunaan gas dan senjata beracun. Dia menegaskan juga tentang betapa pentingnya pendirian teguh dan kesatuan dalam menghadapi serangan Zionis.

Anggota Jawatankuasa Pembela Tanah Silwan, Fakhri Abu Diyad, menjelaskan bahawa patut diperhatikan keadaan kesihatan yang dialami oleh penduduk setempat setelah serangan gas tersebut. Mereka mengalami keletihan yang amat sangat, suhu panas badan yang tinggi dan muntah-muntah. Ketika sebahagian dari mereka dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan, mereka diberitahu yang mereka mengalami keracunan.

Abu Diyab menambah, "Kami telah mengumpulkan bekas peluru yang ditembak untuk mengetahui jenisnya dan ternyata peluru-peluru tersebut telah tamat tempoh sejak setahun atau 6 bulan yang lalu. Para doktor menegaskan bahawa gas yang ada di dalamnya boleh menimbulkan ancaman besar bagi manusia dan alam sekitar."

Sementara itu para pemukim pendatang Zionis dan pengawal mereka juga telah menggunakan senjata masing-masing terhadap warga Palestin. Akibatnya, seorang warga Palestin, Samir Serhan, telah gugur. Penyelidikan membuktikan yang korban telah dibunuh dengan zalim.

Wednesday, 29 September 2010

Polis Israel Tangkap 34 Rakyat Palestin Di Silwan

Imej29 September 2010 - Al-Quds yang dijajah - Polis Israel, Selasa, menangkap 34 rakyat Palestin di pinggiran Silwan, bahagian Al-Quds yang diduduki oleh kaum Yahudi, berikutan konfrontasi hebat di sekitar kawasan yang bermasalah itu, media Ibrani melaporkan.

Radio Israel melapurkan bahawa jangkamasa penahanan yang dikenakan ke atas orang-orang tahanan tersebut adalah berbeza iaitu berkisar di antara 2 hingga 6 hari sehingga dakwaan dilakukan terhadap mereka atas pertuduhan mengambil bahagian menentang polis Israel.

Sumber-sumber tempatan melapurkan bahawa pasukan polis Israel memecah masuk ke salah sebuah rumah di situ dan menahan semua penghuninya sambil mencegah warga tempatan dari mendekati rumah tersebut. Dilapurkan bahawa pasukan polis Israel itu menggunakan alasan yang mereka sedang mencari seorang remaja bernama Mohammed Ghaith.
Sumber: Palestine-info   |   Terjemahan: Ibn Abu (Admin)

Radikal Yahudi Ceroboh Masjid Aqsa

Imej29 September 2010 - Baitul Maqdis - Sekumpulan Yahudi radikal memecah masuk ke perkarangan Masjid Aqsa pagi tadi.

Menurut berita dari sumber yang dipercayai, polis Israel berkumpul di hadapan pintu Maqaribah dan mula membenarkan kumpulan ini masuk ke Masjid dengan kawalan mereka.

Penjaga masjid merasa takut dengan kedatangan kumpulan ini yang mendakwa mereka ingin melakukan ibadat mereka (Hari Mazlah) pada hari ini dan jumlah mereka bertambah sebelum solat zohor lagi. Tidak sekadar kumpulan mereka sahaja bahkan mereka menjemput penolong serta penyokong mereka untuk turut serta dalam majlis mereka.
Sumber:   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)

Tuesday, 28 September 2010

Militan Abbas Culik 7 Penyokong Hamas

Imej28 September 2010 - Tebing Barat - Militan Abbas meneruskan operasi penculikan terhadap para penyokong Gerakan Islam Hamas di Tebing Barat. Seramai 7 orang dari mereka diculik di Hebron, Nablus, Qalqilya dan Betlehem. Sementara itu Militan Abbas telah mendirikan banyak pos-pos pemeriksaan menyusul aksi Hebron, kemarin.

Menurut sumber-sumber tempatan di Nablus, Militan Abbas menculik Thariq Qadhi dan Walid Qashu' dari Qalqilya, seorang mantan tahanan yang telah bebas dari penjara Zionis Israel. Qashu' adalah mahasiswa Universiti Nasional an-Najah di Nablus. Beliau pernah beberapa kali sebelum ini diculik oleh Militan Abbas. Selain itu Militan Abbas juga menculik Nasir Hadidi dari perkampungan Zawata, yang juga mantan tahanan yang bebas dari penjara Zionis Israel dan pernah diculik sebelum ini oleh Militan Abbas.

Di Daerah Qalqilya Militan Abbas menculik dua mantan tahanan yang bebas dari penjara Zionis Israel, Ghaits Afana dan Thariq Dziyab. Manakala di Betlehem Militan Abbas menculik Syaikh Saleh Isa Qasim (53) setelah dipanggil untuk wawancara. Syaikh Qasim adalah seorang pesakit kanser di mana tahap kesihatannya berada dalam keadaan yang agak tenat. Beliau pernah berkali-kali dipanggil oleh Militan Abbas untuk menjalani soal-siasat secara berturut-turut selama 2 bulan.

Di Hebron Militan Abbas menculik Muhammad Thaha, juga bekas tahanan yang bebas dari penjara Zionis Israel. Sebelum ini dia bersama saudaranya Wajdi Thaha pernah diculik oleh Militan Abbas.

Sementara itu Militan Abbas mengerahkan anggotanya di Bandar Hebron bagi mendirikan puluhan pos-pos pemeriksaan secara mendadak. Mereka juga melakukan operasi pemeriksaan terhadap puluhan tempat di bandar dan di sejumlah kampung dan daerah di Hebron.
Sumber: infopalestina   |   Terjemahan: Ibn Abu (Admin)

Hari Ini Terhentinya Petrol Ke Gaza

Imej28 September 2010 - 
Gaza - Kemasukan petrol di Gaza bagi penjanaan elektrik Gaza telah dihentikan pada hari ini.

Pada hari-hari biasa kemasukan sekurang-kurangnya 8 lori disel akan menyeberangi pintu sempadan bahagian Isreal di Kerem Shalom akan di buka untu membolehkan lori yang membawa bahan ini memasuki Gaza.
Sumber: FP   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)

Gaza - Gaza Bergelap Lagi

Imej28 September 2010 - Masalah eletrik di Semenanjung Gaza terus berpanjangan, sekali lagi Gaza bergelap selama 8 jam pada hari ini. Menteri sumber tenaga dan bahan bakar membincangkan cara yang lebih praktikal untuk menjalankan projek strategik berkaitan dengan sektor tenaga sumber baru, ini bertujuan untuk meningkatkan jumlah bahan mentah petrol buatan yang diperlukan untuk penjanaan elektrik Gaza, dan mencari penyelesaian radikal untuk memastikan penamatan krisis kekurangan bahan tersebut di sektor ini.

Pengurus Edaran Eletrik di Gaza, Suhail Sakik berkata: gangguan krisis elektrik pada minggu ini adalah disebabkan dari ketidak kestabilan kapasiti yang ada pada tenaga elektrik dimana peningkatan penggunaannya bertambah pada musim sejuk. Beliau menambah, jadual pengagihan bahan ini akan dilakukan empat kali seminggu mengikut kawasan selama lapan jam disetiap kawasan.

Beliau menjelaskan lagi, peningkatan penggunaan bahan bakar ini dari 2.2 juta liter seminggu kepada 2.3 juta liter seminggu akan meningkatkan lagi krisis bahan bakar di Gaza.

Proses pembahagiaan penggunaan kuasa eletrik ke daerah-daerah sekitar Gaza akan dibahagikan kepada empat hari, sebahagiannya akan mendapat khidmat tersebut di sebelah pagi dan sebahagian yang lain di sebelah malam.
Sumber: PDF   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)

Tiga Anggota Briget Syahid Dalam Serangan Tentera Zionis Di Timur Bureij

Imej28 September 2010 - Gaza - Pusat Media Palestin - Tiga Pejuang dari tentera sayap briget al-Quds bagi pergerakan jihad Islam telah syahid pada waktu pertengahan malam Isnin (27/9) ekoran serangan udara tentera Zionis. Serangan ini dilancarkan di kawasan berdekatan Maqbula iaitu timur kem pelarian Bureij yang terletak di tengah-tengah semenanjung Gaza.

Adham Abu Silmiyah Koordinator Media bahagian perkhidmatan perubatan dalam laporan khas untuk Pusat Media Palestin menegaskan, ketibaan tiga mayat syahid di hospital Syuhada al-Aqsa, Der al-Balah selepas berlakunya serangan tentera penjajah di selatan Bureij.

Beliau menyenaraikan nama-nama yang mati syahid, mereka adalah Ala Abu Zubaidah 25 tahun, Awni Abdul Hadi 19 tahun. Kedua-duanya dari kem pelarian Bureij manakala seorang lagi Muhammad Eid dari kem pelarian Nusairiyat.

Sumber-sumber maklumat dari briget al-Quds menegaskan kepada koresponden Pusat Media Palestin bahawa ketiga-tiga yang mati syahid itu terdiri dari pejuang-pejuang briget tersebut. Sumber tersebut menjelaskan lagi bahawa serangan udara Israel ke atas para pejuang tersebut ketika mereka dalam perjalanan ke kawasan Rabat di timur Bureij.

Hal itu bermula dengan serangan pengeboman udara yang dilakukan oleh pesawat pengintip Israel ke atas kediaman seorang pejuang briget al-Qassam di kem pelarian Nusairiyat yang terletak di tengah-tengah semenanjung Gaza.

Koresponden Pusat Media Palestin melaporkan, tiada kecederaan berlaku akibat serangan ke atas rumah pejuang tersebut yang merupakan salah seorang dari ahli keluarga Abu Shamleh. Pengeboman itu hanya mengakibatkan kerosakan barang-barang dan perkakas-perkakas rumah.
Sumber: Palestine-info   |   Terjemahan: Abu Ruqayyah (Sukarelawan AP)

Thursday, 23 September 2010

Pendatang Haram Yahudi Serang Sekolah Di Masjid Ibrahimi

Imej23 September 2010 - Hebron - Pihak berkuasa Israel pagi ini menangkap dua orang siswa Sekolah al-Ibrahimi, dekat masjid al Ibrahimi, di pusat kota Hebron, Tebing Barat, setelah mengepung sekolah tersebut.

Sumber tempatan menyatakan puluhan pendatang haram Yahudi menyerang siswa sekolah Ibrahimi ketika mereka pergi ke sekolah. Mereka membaling sekolah dengan batu sebelum pihak berkuasa Israel datang ke lokasi dan mengepung sekolah tersebut dengan alasan pertelingkahan tersebut di mulakan oleh penduduk Palestin yang tinggal berhampiran menyerang pendatang haram Yahudi di Ibrahimi.

Turut terlibat dalam mengepung sekolah tersebut lebih dari 200 pendatang haram Yahudi yang bersenjata. Mereka berusaha menyerbu sekolah tersebut. Sementara itu pihak Israel menangkap dua orang siswa dari sekolah tersebut dan membawanya ke tempat yang tidak diketahui.
Sumber: infopalestina   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)

Pertembungan Di Silwan

Imej
23 September 2010 - 
Anggota Lujnah Mempertahankan Tanah.

Jurucakap bagi penduduk Silwan, Syed Abdul Karem Abu Saninah berkata, perbuatan provokasi yang dilakukan oleh pendatang haram Yahudi di Al-Quds yang mendapat bantuan penuh dari pihak berkuasa Israel, adalah sebagai satu perbuatan terroris untuk menghalang penduduk Palestin dari terus tinggal di kawasan Aqsa dan sekelilingnya.
Sumber: silwan.net   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)

Wednesday, 22 September 2010

Pertembungan Di Al-Quds, 1 Syahid

Imej22 September 2010 - Alquds - Seorang pemuda Palestin hari ini gugur dan sejumlah yang lainnya cedera akibat serangan dari pendatang haram Yahudi di kampung Silwan di Kota al-Quds. Akibat dari serangan tersebut berlaku pertembungan yang sengit di antara penduduk Palestin di Silwan dengan pendatang haram Yahudi yang disokong oleh pihak Israel.

Sumber tempatan menyebut bahawa pendatang haram Yahudi tersebut tudak membenarkan sebarang bantuan perubatan kepada pemuda Palestin yang cedera sehinggalah beliau syahid.

Ahli Dewan Silwan, Fakhry Abu Diyab menegaskan bahawa pemuda yang syahid adalah dari keluarga Sirhan. Pemuda tersebut dibiarkan selama 2 jam di tepi jalan sebelum pihak Israel memindahkannya. Beliau menyatakan bahawa ada dua pemuda lain yang juga cedera parah, walaupun dalam keadaan demikian mereka tetap ditangkap oleh pihak Israel.

Fakhry Abu Diyab menyebut bahawa pertembungan yang sengit meletus antara penduduk Palestin di Silwan dengan pendatang haram Yahudi yang dibantu oleh pihak berkuasa Israel. Pertembungan tersebut berlarutan akibat dari provokasi pendatang haram Yahudi.

Pihak Israel memperketatkan kawasan di seluruh Silwan dengan menutup semua pintu masuk ke kota tersebut.
Sumber: infopalestina   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)