Saturday 14 May 2016

Netanyahu dikritik hebat pengguna laman Twitter


14 Mei 2016 12:41 AM
  0  0 Google +0




TEL AVIV 13 Mei - Usaha Benjamin Ne­ta­nyahu untuk menarik sokongan pel­bagai pihak sempena sambutan hari al-Nakba, iaitu hari pembentukan Israel pada 1948, bertukar menjadi detik yang amat memalukan buat Perdana Menteri Israel itu.
Hari al-Nakba digelar penduduk Palestin sebagai ‘hari malapetaka’, merujuk kepada peristiwa pengusiran dan pemusnahan beratus-ratus perkampungan Palestin oleh tentera Yahudi.
Menurut laman berita Aljazeera.com, Netanyahu yang mengendalikan sesi soal jawab bersama pengguna laman sosial Twitter menerima kecaman dan kritikan keras selain teruk dihentam berikutan polisi rejim Israel yang menindas rakyat Palestin.
Sesi soal jawab itu bermula pada pukul 12 tengah hari semalam (waktu tem­patan) dengan pengguna Twitter berpeluang berinteraksi dengan pemimpin Israel itu melalui hashtag #AskNetanyahu.
Bagaimanapun, dalam tempoh 48 jam, Netanyahu menerima ribuan kecaman dan komen negatif khusus­nya berkaitan layanan Israel terhadap Palestin selama ini.
Kebanyakan pengguna Twitter menyelar pendirian Netanyahu ketika Gaza diserang oleh tentera Israel pada 2014 dan menyifatkan pemimpin itu sebagai penjenayah perang ekoran sikap dinginnya terhadap Palestin.
Pada masa yang sama, kalangan pengguna Twitter turut mengajukan soalan berkaitan polisi Israel terhadap pejuang ‘holocaust’ iaitu bekas tentera Nazi Jerman ketika era Adolf Hitler yang terlibat dengan pembunuhan beramai-ramai penduduk Yahudi sebelum ini.
“Adakah go­­­­­longan itu (holocaust) masih memberi ancam­an terhadap ke­selamatan Israel?”.
Demikian antara soalan yang dikemukakan pengguna laman media sosial berkenaan selain sindiran oleh seorang pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Tal Shafik dari Berlin yang menyoal bila Ne­tanyahu mahu meletakkan jawatan.
Begitu juga dengan individu bernama Robby Martin yang bertanyakan sama ada Netanyahu ‘berpuas hati’ menjadi pembunuh kanak-kanak Palestin.
Sementara itu, wartawan Al-Jazeera, Mehdi Hasan menggunakan platform tersebut untuk menjemput Netanyahu menyertai ran­cangan bual bicaranya, Head to Head yang disiarkan oleh agensi berita itu dari Washington, Amerika Syarikat (AS).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/netanyahu-dikritik-hebat-pengguna-laman-twitter-1.325755#sthash.t9mpm1Rt.dpuf

No comments:

Post a Comment