Wednesday 16 December 2015

Jet Israel bedil Genting Gaza

REUTERS -


DUA anggota Hamas menunjukkan kehandalan mereka ketika perhimpunan belia Palestin menjelang ulang tahun ke-28 penubuhan Hamas di Khan Younis, selatan Gaza pada Jumaat lalu.


BAITULMUQADDIS – Jet pejuang rejim Zionis membedil kubu kumpulan Hamas di Genting Gaza sepanjang malam selepas bedilan roket Palestin mengenai Israel, kata tentera Israel semalam. “Petang kelmarin (Ahad lepas), sebuah roket yang dilancarkan dari Genting Gaza mengenai selatan Israel. Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan itu. “Sebagai membalas serangan itu, pesawat Tentera Udara Israel membedil dua pos tentera Hamas di utara dan tengah Genting Gaza,” kata Tentera Israel dalam satu kenyataan. Menurut kenyataan sama, bedilan roket itu adalah yang ke-21 dari Genting Gaza sejak awal tahun ini. “Tentera Israel meletakkan Hamas bertanggungjawab ke atas semua serangan yang dilancarkan dari Genting Gaza,” kata Tentera Israel. Dalam pada itu, menurut beberapa pegawai Palestin di Gaza, serangan udara Israel itu menyebabkan sebuah kem latihan sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam dan tentera lautnya mengalami kerosakan tetapi tiada kecederaan dilaporkan. – AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3uQkhiWzi 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment