Benjamin Netanyahu
TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkemungkinan akan membatalkan hak tertentu penduduk Palestin yang tinggal di Baitulmqdis Timur.
Kelmarin, sumber kerajaan mendedahkan pembatalan itu termasuk status penduduk dan hak perjalanan penduduk Palestin.
Susulan daripada itu, anggota Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hanan Ashrawi bertindak mengecam langkah tersebut yang disifatkan sebagai rancangan jahat Israel untuk melakukan pembersihan etnik di wilayah itu.
Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa Israel dilaporkan menghalang pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan Masjid al-Aqsa.
Sebuah badan amal di Jordan mendakwa tentera rejim Zionis sewenang-wenangnya mengarahkan kerja pemasangan CCTV tersebut dihentikan walaupun ia adalah sebahagian daripada perjanjian antara Tel Aviv dan Amman yang bertujuan untuk meredakan ketegangan di Baitulmaqdis Timur. - Press TV
No comments:
Post a Comment