HEBRON – Dua serangan baharu menggunakan pisau di Tebing Barat menyebabkan seorang askar Israel cedera ringan semalam, manakala dua penyerang warga Palestin ditembak mati pasukan keselamatan, kata polis dan askar Israel.
Dalam satu kejadian, seorang warga Palestin menikam dan mencederakan seorang pengawal sempadan Israel dekat sebuah makam yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Gua Para Leluhur di bandar Hebron, Tebing Barat.
“Seorang warga Palestin menyerang dan menikam seorang askar. Pasukan keselamatan bertindak balas dengan menembak penyerang itu. Anggota tentera itu hanya cedera ringan,” kata askar Israel dalam satu kenyataan.
Sementara itu, jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld mengesahkan penyerang yang berusia 24 tahun tersebut telah meninggal dunia.
Dalam kejadian kedua pula, seorang warga Palestin cuba menikam seorang askar Israel di sebuah lokasi lain di Hebron. – AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3q5mZUSZv
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment