Sunday, 9 August 2015

Saad Dawabsheh meninggal dunia

Saad Dawabsheh meninggal dunia

SAAD (KIRI) MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL SOROKO, SEMALAM AKIBAT LUKA TERBAKAR YANG TERUK PADA BADANNYA.
9 OGOS 2015

TEBING BARAT - BAPA KEPADA BAYI LELAKI PALESTIN YANG MAUT DALAM SERANGAN GANAS DI SELATAN NABLUS MINGGU LALU, MENINGGAL DUNIA SEMALAM.

Saad Dawabsheh, 32, meninggal dunia di Soroka Medical Center di tenggara Israel.

Beliau dimasukkan ke hospital itu selepas melecur 80 peratus pada bahagian badan dalam kejadian serangan bom molotov koktail pada Jumaat minggu lalu yang menyaksikan bayi lelakinya yang berusia 18 bulan rentung.

Manakala, isteri dan seorang lagi anak lelakinya berusia empat tahun dilaporkan masih dalam keadaan kritikal.

Semasa kejadian, Saad dan ahli keluarganya sedang tidur sebelum kediaman mereka dibakar peneroka haram Yahudi di kampung Duma.

"Isteri dan anaknya masih dirawat di hospital Tel Hasomer dan keadaan mereka semakin kritikal," menurut salah seorang ahli keluarga Saad.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa Israel menahan suspek, Mordechai Meyer dan pemuda tersebut dikenakan penahanan pentadbiran selama enam bulan.

Penahanan pentadbiran sebelum ini diamalkan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin dan mereka yang ditahan akan dipenjarakan tanpa melalui proses perbicaraan.  - Al-Jazeera

No comments:

Post a Comment