Add caption |
EMPAT anggota polis di Genting Gaza cedera semalam apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas Hamas selepas serangan roket dilancarkan terhadap rejim Zionis tersebut.
GAZA CITY 8 Ogos – Empat anggota polis di Genting Gaza cedera semalam apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas Hamas selepas serangan roket dilancarkan terhadap wilayah rejim Zionis tersebut.
Menurut kenyataan oleh hospital yang merawat keempat-empat anggota polis ini, seorang anggota polis berada dalam keadaan kritikal manakala tiga yang lain kini menerima rawatan di pusat latihan Briged Ezzedine al-Qassam di barat laut Gaza City.
Terdahulu, kumpulan pemisah di Gaza telah melancarkan serangan roket ke selatan Israel dari Genting Gaza tanpa mengakibatkan sebarang kematian, kata tentera Israel.
Menurut media Israel, sekurang-kurangnya satu roket tersebut tidak mengenai sasaran tetapi mengenai wilayah Palestin.
Tentera Israel berkata, tentera udara menyasarkan infrastruktur pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza dan serangan itu mengenai sasaran.
“Hamas merupakan pentadbir Gaza dan Israel meletakkan tanggungjawab ke atas apa yang berlaku di kawasan tersebut kepada pergerakan tersebut.
“Hamas perlu bertanggungjawab dan menanggung akibatnya,” kata kenyataan itu. – AFP
No comments:
Post a Comment