Sunday 9 August 2015

4 sekeluarga mati dalam letupan ‘tangguh’ setahun

Gaza: Sekurang-kurangnya empat sekeluarga terbunuh manakala 30 lagi cedera dalam letupan di Semenanjung Gaza akibat baki bahan letupan ditinggalkan tentera Israel ketika perang musim panas tahun lalu.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qidra berkata, bom itu meletup selepas pekerja Palestin membantu keluarga terbabit membersihkan puing dalam runtuhan di sebuah rumah yang musnah akibat perang 50 hari antara tentera Israel dan militan Hamas.
Bom itu dipercayai dilepaskan dalam serangan udara ketika perang.
Tahun lalu, enam orang termasuk wartawan video Associated Press (AP) dan penterjemah Palestin terbunuh selepas jurutera polis Gaza cuba mematikan bom tentera Israel. Tiga yang lain termasuk jurugambar AP parah dalam kejadian itu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2015 @ 12:44 PM


ANGGOTA keluarga meratap kematian mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68822#sthash.3VTN59Yt.dpuf

No comments:

Post a Comment