Wednesday, 12 August 2015

Israel bebas suspek pelampau


Baitulmaqdis: Israel semalam membebaskan semua suspek yang ditahan dalam serbuan berhubung serangan membakar rumah seorang penduduk Palestin yang menyebabkan seorang kanak-kanak berusia 18 bulan dan bapanya mati.

Pihak berkuasa rejim itu tidak menyebut jumlah mereka yang ditahan dalam serbuan awal pagi kelmarin di sebuah penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Penduduk di penempatan haram berkenaan kebanyakannya golongan muda yang terkenal kerana keganasan mereka terhadap penduduk Palestin.

“Semua yang ditahan sudah dibebaskan,” kata jurucakap agensi keselamatan dalaman Israel, Shin Bet, tanpa memberi butir lanjut.

Serbuan itu dilakukan ketika Israel dilihat cuba menangani pelampau Yahudi ekoran serangan terhadap kediaman penduduk Palestin dan serangan ke atas perarakan gay di Baitulmaqdis 30 Julai lalu yang menyebabkan seorang gadis berusia 16 tahun mati.

Serangan membakar rumah penduduk Palestin itu menyebabkan ibu kanak-kanak terbabit dan abangnya berusia empat tahun cedera parah.

Kedua-dua serangan itu tidak mempunyai kaitan, tetapi mendorong rejim Zionis bertindak terhadap pelampau Yahudi yang dituduh bertanggungjawab ke atas beberapa jenayah.

Selain serbuan semalam, tiga pelampau Yahudi ditahan tanpa bicara, hukuman yang biasanya digunakan ke atas penduduk Palestin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2015 @ 7:38 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69615#sthash.6X4fSlEc.dpuf

No comments:

Post a Comment