Seorang penduduk Palestin mengangkat mayat salah seorang kanak-kanak yang terkorban dalam insiden tersebut. |
TEL AVIV - ISRAEL. Kerajaan Israel memaklumkan bahawa mereka menggugurkan siasatan terhadap insiden serangan udara yang telah meragut nyawa empat kanak-kanak di Genting Gaza pada tahun lalu.
Jurucakap tentera rejim Zionis memberitahu kes tersebut ditutup kerana siasatan telah selesai dijalankan.
"Keputusan itu dibuat selepas menilai semula beberapa dokumen termasuk rakaman video yang berkaitan dengan kejadian terbabit.
"Bahan bukti yang diperoleh juga menunjukkan serangan tersebut disasarkan ke kawasan Hamas," katanya lagi.
Bagaimanapun, laporan wakil media dari akhbar Britain, The Guardian mendedahkan Israel tidak pernah melakukan siasatan ke atas insiden serangan tersebut sebaliknya mereka hanya membuat andaian sendiri tanpa mengemukakan bukti sebenar.
Pada 16 Julai lalu, seramai empat kanak-kanak berusia antara sembilan dan 11 tahun terkorban selepas rejim Zionis bertindak membedil kawasan pantai di Gaza.
Dalam perkembangan lain, tentera Israel turut menutup dua lagi kes serangan berdarah ke atas kawasan kediaman di tengah bandar Gaza dan selatan bandar Khan Yunis yang turut menyebabkan lebih 20 penduduk Palestin terbunuh. - Press TV

No comments:
Post a Comment