Gambar bertarikh 19 Jun lalu, menunjukkan polis sempadan Israel mengawal laluan masuk ke Masjid al-Aqsa yang memerlukan penduduk Palestin menunjukkan permit sebelum memasuki kawasan berkenaan. REUTERS
BAITULMAQDIS 25 Jun – Israel terus melancarkan provokasi terhadap penduduk Palestin, kali ini bertindak membatalkan permit yang diberikan kepada 500 penduduk Palestin dari wilayah Gaza untuk memasuki Baitulmaqdis bagi menunaikan solat tarawih sempena Ramadan, dengan memberi alasan tindakan itu sebagai hukuman, ekoran serangan roket yang dilancarkan ke atas wilayah Israel.
Jurucakap Kementerian Pertahanan yang berurusan dengan pihak berkuasa Gaza, COGAT, Mejar Jeneral Yoav Mordechai dalam kenyataannya berkata, langkah tersebut dikuatkuasakan sejak semalam dan akan dilaksanakan sepanjang minggu ini sahaja.
Jelas beliau, pembatalan permit itu dilaksanakan atas faktor keselamatan di kawasan sempadan kedua-dua wilayah yang tidak stabil disebabkan beberapa serangan roket dari wilayah Gaza.
“Pergerakan Hamas bertanggungjawab terhadap pembatalan permit untuk penduduk Palestin di Gaza menunaikan ibadah tarawih di Masjid al-Aqsa sempena Ramadan.
“Saya tidak menuduh Hamas melancarkan roket berkenaan, tetapi pergerakan terbabit perlu bertanggungjawab kerana mereka menguasai wilayah Gaza,” katanya.
Sementara itu, anggota Majlis Perbandaran Baitulmaqdis, Meir Margalit Meretz berkata, pihak berkuasa Israel berlaku tidak adil kerana menghukum pihak yang tidak bersalah.
“Situasi di Gaza sangat menyedihkan kerana penduduknya tidak mempunyai sebarang harapan selain hidup dalam keadaan begitu daif. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, mereka dibenarkan datang ke Baitulmaqdis untuk beribadah di Masjid al-Aqsa, kerana kita sedar pihak yang bertanggungjawab melancarkan serangan roket ke wilayah Israel tidak ada kena-mengena dengan penduduk Gaza,” katanya. – AFP
Adakah Anda Perlu pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
ReplyDelete* Pemindahan Sangat pantas dan cepat ke akaun bank anda.
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang.
dalam akaun bank anda
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%.
* Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang.
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan.
* Memohon - Dapatkan Kelulusan - Akaun dikreditkan dengan amaun pinjaman.
PERMINTAAN UNTUK PINJAMAN
================================
Nama: ...................
Nama Kedua: ..................
Hubungi Alamat: .................
Negara: ...................
Umur: ..........................
Jantina: ....................
Nombor Telefon: ..............
Status: .................
Pendudukan: ...............
kedudukan: .................
pendapatan bulanan: ..............
Jumlah Pinjaman: .................
Tujuan Pinjaman: ...............
jangka masa: ....................
Adakah anda memohon untuk pinjaman sebelum: ............
anda memahami Bahasa Inggeris: ..........
sila mengisi dan menghantar borang tersebut kepada :.
E-mel homeofequity@gmail.com
Bergerak +44708798682
Yang ikhlas,
Nicholas Payne
C.E.O Modal Ekuiti
London United Kingdom