Netanyahu
Netanyahu dilantik semula sebagai Perdana Menteri Israel, semalam selepas berjaya membentuk kerajaan campuran baharu sebelum berakhirnya tempoh sehingga tengah malam tadi yang diberikan oleh Presiden Israel, Reuven Rivlin untuk beliau membentuk kerajaan, ekoran parti pakatannya hanya mendapat majoriti kecil dengan kelebihan hanya satu kerusi di Parlimen Israel.
Ketika mengulas pelantikan semula Netanyahu, Portman memberitahu Hollywood Reporter: ``Saya dapati kenyataan-kenyataannya (Netanyahu) yang berbaur perkauman sangat teruk.’’
“Bagaimanapun, saya tidak mahu (mengulas). Saya tidak mahu menyalahgunakan kedudukan saya untuk mengulas perkara itu,’’ katanya.
“Saya merasakan terdapat sesetengah orang yang menjadi terkenal, dan mereka kemudian membuat kenyataan-kenyataan di akhbar luar negara. Kamu pon tahu, ramai yang mengecam .... Israel. Saya tidak mahu. Saya tidak mahu berbuat begitu,’’ katanya
Daily News sebelum ini melaporkan terdapat video yang memaparkan Portman menyertai sebuah pergerakan yang melancarkan kempen supaya tidak mengundi Netanyahu pada pilihan raya lepas.
Namun, video tersebut tidak disebarkan kerana bimbang dilihat sebagai campur tangan luar.