“Hakim-hakim telah menutup kertas-kertas siasatan dan menghantarnya kepada pendakwa raya pada 30 April lalu,’’ kata pejabat tersebut.
Pendakwa Raya kini perlu menyerahkan permohonan sama ada untuk meneruskan kes tersebut atau menutupnya dalam tempoh tiga bulan.
Dalam pada itu, pihak-pihak berkepentingan boleh mengemukakan keterangan bersumpah namun jika tiada nama defendan disebutkan, kes berkenaan dilihat hanya akan ditolak oleh mahkamah.
Yasser meninggal dunia pada umur 75 tahun pada 11 November 2004 di hospital Percy de Clamart berdekatan Paris.
Balu beliau, Suha mengemukakan aduan di mahkamah di sini pada 2012, bahawa suaminya itu telah dibunuh.
Pada tahun sama, kubur Yasser di Ramallah dikorek semula untuk membolehkan tiga pasukan penyiasat dari Perancis, Switzerland dan Rusia untuk mengumpul 60 sampel.
Penduduk Palestin percaya Israel meracun pemimpin mereka.
Sebuah makmal di Lausanne, Switzerland yang menguji sampel biologi diambil dari barang milik Yasser yang diberikan Suha selepas kematiannya di Paris, menunjukkan ‘tahap luar biasa polonium’, tetapi tidak menyatakan beliau diracun oleh bahan toksin tersebut. – AFP