WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Mac 2015
Konflik Tebing Barat semakin rumit Netanyahu tanpa berselindung menolak pelan damai dengan Palestin. Foto: AFP
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, kenyataan Benjamin Netanyahu yang menolak penyelesaian dua negara semasa kempen pilihan rayanya baru-baru ini hanya merumitkan lagi konflik Israel-Palestin.
"Saya memberitahu Netanyahu bahawa AS percaya penyelesaian dua negara adalah satu-satunya jalan untuk menjamin keamanan untuk jangka masa panjang.
"Dan saya juga tegaskan kepadanya bahawa apa yang diucapkannya semasa kempen pilihan raya umum Israel lalu hanya memburukkan lagi keadaan, di mana ada pihak lain yakin bahawa rundingan mampu menyelesaikan konflik ini," kata Obama dalam satu wawancara dengan akhbar The Huffington Post, kelmarin.
Hubungan AS-Israel menjadi renggang sejak kebelakangan ini dan ia bertambah buruk apabila Netanyahu dengan jelas menolak pelan damai dengan Palestin.
Pada kempen pilihan rayanya, Netanyahu berikrar tidak akan mengiktiraf pembentukan negara Palestin sekiranya beliau mengekalkan jawatannya untuk penggal ketiga berturut-turut.
Menurut laporan Reuters, kenyataan itu membuatkan AS mengancam untuk menilai semula hubungannya dengan Tel Aviv.
No comments:
Post a Comment