Ketua pergerakan Hamas, Khaled Meshaal melambai tangan kepada penyokongnya pada perhimpunan sempena ulang tahun ke-25 penubuhan Hamas pada 8 Disember, 2012 di Gaza City. – REUTERS
GAZA CITY 1 Mac. – Penduduk Palestin di Gaza mengadakan bantahan, di sini hari ini terhadap keputusan makamah Mesir mengisytiharkan pergerakan Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas,
Sumber mahkamah memberitahu AFP, mahkamah mengeluarkan keputusan itu semalam, keputusan yang dilihat sebagai tindakan terancang yang diketuai Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi untuk menghancurkan pergerakan-pergerakan Islam.
Penduduk Palestin yang tinggal di bandar-bandar di Gaza dan kem-kem pelarian mengadakan demonstrasi sebagai membantah keputusan mahkamah Mesir tersebut yang dikeluarkan ekoran dua saman berasingan yang difailkan oleh dua peguam terhadap pergerakan Hamas, yang memerinah Gaza.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri membantah keputusan itu dengan menyifatkan ia bukan sahaja satu yang mengejutkan malah ‘satu percubaan terdesak untuk menangani krisis di Mesir’ serta mensasarkan penduduk dan kumpulan bersenjata Palestin.
Ahli politik bebas Palestin, Mustafa Barghouti pula menyifatkan keputusan mahkamah itu tidak bijak kerana boleh menimbulkan komplikasi politik.
“Hamas merupakan sebuah pergerakan perpaduan nasional Palestin, dan keputusan mahkamah itu sememangnya tidak wajar,” katanya.
Hubungan Mesir dan pergerakan Hamas tegang selepas Presiden Mohamed Mursi digulingkan oleh tentera pada Julai 2013. – AFP
No comments:
Post a Comment