Monday 2 March 2015

Itali tangguh iktiraf Palestin

AGENSI - Parlimen Itali menolak pembentukan serta-merta Palestin selepas persidangan Jumaat lalu.


ROM – Ahli Parlimen Itali Jumaat lalu meluluskan dua resolusi untuk menyeru kerajaan negara tersebut menyokong sasaran membentuk sebuah negara Palestin tetapi, menolak pengiktirafan serta-merta seperti dibuat beberapa negara Eropah sebelum ini.
Usul menyokong pengiktirafan Palestin dan satu lagi usul untuk menyokong semua bentuk usaha ke arah membentuk negara itu gagal mendapat kelulusan Parlimen.
Kegagalan usul pengiktirafan segera sebuah negara Palestin itu disambut baik Israel yang berang dengan tindakan Ahli Parlimen Britain, Perancis dan Sepanyol meluluskan resolusi untuk menuntut kerajaan negara terbabit segera mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat.
“Kami menyambut baik Parlimen Itali memilih untuk tidak mengiktiraf sebuah negara Palestin dan menyokong perbincangan antara Israel dan Palestin atas dasar dua buah negara sebagai langkah yang tepat ke arah keamanan,” jelas satu kenyataan daripada kedutaan Israel di sini. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3TB5ci400 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment