Akhbar tempatan, The Daily Star melaporkan, gambar itu memaparkan Saly Greige duduk bersama Ratu Cantik Israel, Daron Matalon; Ratu Cantik Jepun, Keiko Tsuji; dan Ratu Cantik Slovania, Urska Bracko.
Penyebaran gambar tersebut ternyata mengundang kemarahan penduduk Lebanon, sehingga ada diantara pengguna laman sosial menggesa supaya gelaran Greige dilucutkan kerana ‘berbaik-baik’ dengan musuh.
Sebarang bentuk hubungan dengan Israel adalah dilarang di Lebanon.
Keadaan itu menyebabkan gadis berusia 25 tahun tersebut terpaksa mempertahankan dirinya.
“Dari hari pertama lagi tiba di Miami, saya sangat berhati-hati agar tidak mengambil gambar bersama Ratu Israel, berbanding dia yang beberapa kali cuba mengambil gambar bersama saya,” kata Greige kepada The Daily Star.
Jelas Ratu Cantik Lebanon itu, Matalon tiba-tiba datang mengambil gambar mereka berempat menggunakan telefon pintarnya.
Matalon dalam reaksinya ber­kata, dia sedih dengan situasi itu.
Pada 2006, Israel dan kumpulan Hezbollah terlibat dalam pepera­ngan di Lebanon, mengorbankan lebih 1,200 orang keba­nyakannya kanak-kanak dan orang awam.