Sumber keselamatan Israel berkata, serangan tersebut dilancarkan bagi menentang kegiatan ‘pengganas’ yang berlaku berhampiran Quneitra.
“Sekumpulan anggota pergerakan Hezbollah terkorban dalam serangan roket yang dilancarkan di Quneitra dan nama mangsa yang terkorban akan didedahkan dalam masa terdekat.
“Mereka terkorban ketika melakukan misi tinjauan di Kampung Mazraat Amal yang terletak dalam wilayah Quneitra,” lapor rangkaian televisyen Al-Manar.
Pergerakan Hezbollah dalam satu kenya­taan berkata, enam orang anggotanya terbunuh dalam serangan berkenaan antaranya seorang pemimpin tentera dan Jihad Mughniyeh, anak kepada bekas pemimpin Hezbollah yang terkorban dalam serangan bom kereta iaitu Imad Mughniyeh.
Sumber melaporkan, pe­mimpin tentera Hezbollah yang terkorban adalah komander, Mohammed Issa yang bertanggungjawab merancang operasi ketenteraan di Syria dan Iraq.
Serangan berkenaan dilancarkan sehari selepas pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah mengancam untuk menyerang Israel selepas secara berterusan me­lancarkan serangan terhadap Sy­ria. – AFP