Friday 19 December 2014

Konvensyen Geneva kecam Israel


19 Disember 2014


GENEVA - SWITZERLAND. Konvensyen Geneva melemparkan kritikan keras terhadap Israel kerana masih meneruskan projek penempatan haram mereka di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Kecaman itu dibuat ketika persidangan selama sehari yang diadakan di Geneva, kelmarin.

Majoriti anggota Konvensyen Geneva Keempat mendesak siasatan secara menyeluruh dilakukan ke atas perbuatan jenayah rejim Zionis di wilayah Palestin.

Menurut Press TV, mereka berpendapat Israel telah melakukan perlanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang serius dan pihak bertanggungjawab perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

Pada bulan lalu. Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini turut mengutuk Tel Aviv kerana sengaja membuat tindakan provokasi dengan meluaskan projek penempatan haram mereka walaupun menerima kecaman masyarakat antarabangsa.

No comments:

Post a Comment