Saturday 8 November 2014

Rumah pegawai Fatah jadi sasaran serangan bom

BANDARAYA GAZA: Beberapa letupan yang diselaraskan berlaku awal pagi ini mensasarkan rumah beberapa pemimpin Parti Fatah.
Menurut pegawai parti, setakat ini tiada pihak tampil mendakwa bertanggungjawab dalam kejadian itu.
Kejadian berlaku ketika ketegangan di antara Parti Fatah dan Hamas yang kini semakin memuncak.
Fayez Abu Eitta, pemimpin Fatah di kem pelarian Jebaliya, berkata tiada sesiapa cedera dalam letupan yang berlaku hampir serentak itu.
Katanya, keretanya musnah dan rumah serta kereta dua lagi pemimpin Fatah lain juga musnah dalam kejadian itu di Bandaraya Gaza.
Hamas mengambil alih kuasa di Gaza daripada Fatah pada 2007.
Kedua-dua parti berkenaan berikrar untuk berdamai, tetapi sehingga sekarang masih wujud perbezaan mendalam antara mereka.
Pegawai Fatah di Gaza juga bercadang untuk mengadakan majlis bagi memperingati kematian pengasas parti, Yasser Arafat pada 11 November iaitu buat pertama kali sejak 2007.
Tiada petanda menunjukkan pembabitan Israel dan pihak tentera menyatakan mereka tidak tahu mengenai kejadian itu. - AP

No comments:

Post a Comment