Gaza: Beberapa letupan kecil menyasarkan rumah dan kenderaan milik pegawai pergerakan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas semalam menyebabkan kerosakan ringan namun tiada kecederaan dilaporkan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7456#sthash.sBr1IPtO.dpuf
Kejadian berlaku beberapa hari menjelang ulang tahun ke-10 kematian bekas presiden Palestin dan pemimpin Fatah, Yasser Arafat yang banyak menimbulkan ketegangan antara Fatah dan Hamas.
Pegawai kanan Fatah, Abdallah Abu Samhadana berkata, acara peringatan 11 November ini tidak terjejas dengan kejadian itu walaupun satu letupan menyasarkan pentas di mana ia akan diadakan.
“Tiada sesiapapun boleh menghalang kami meneruskan acara itu, walaupun mereka menggunakan letupan atau taktik keganasan lain,” katanya dalam satu kenyataan dilaporkan agensi berita rasmi Palestin, WAFA.
Sementara itu, Hamas menyelar kejadian itu sebagai perbuatan jenayah dan mendesak pihak yang melaksanakannya dihadapkan ke muka pengadilan.
Hamas dan Fatah pada April lalu bersetuju menubuhkan kerajaan ‘perdamaian’ dalam usaha mengatasi perbalahan politik antara dua parti itu yang bermula pada 2007 selepas Hamas menguasai pemerintahan di Gaza selepas perang saudara selama beberapa minggu.
Setakat ini belum jelas siapa yang melakukan serangan itu, namun surat yang ditinggalkan di satu lokasi ditandatangani Negara Islam (IS).
Bagaimanapun, sumber Fatah meragui kesahihannya sebaliknya menganggap ia sekadar usaha menyebarkan ketakutan oleh pihak yang tidak mahukan identiti mereka diketahui. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:24 AM
No comments:
Post a Comment