Saturday, 1 November 2014

Kerry desak Israel buka semula Masjid Al-Aqsa

REUTERS - SEORANG pemuda Palestin berdiri di hadapan sebuah kereta yang terbakar ketika menyertai tunjuk perasaan menentang tentera Israel di Baitulmuqaddis Timur kelmarin.
BAITULMUQADDIS – Amerika Syarikat (AS) menggesa semua pihak yang bertelagah di sini agar bertenang berikutan ketegangan yang semakin memuncak ketika negara kuasa besar itu bekerjasama dengan Israel, Palestin dan Jordan untuk mengembalikan ketenteraman.
Setiausaha Negara AS, John Kerry turut mengutuk serangan terhadap rabai Yahudi, Yehuda Glick yang memiliki kewargenegaraan Israel dan AS.
Pada masa yang sama, Kerry meminta agar Masjid Al-Aqsa di sini dibuka semula kepada umat Islam. Terdahulu, polis Israel menyatakan pekarangan masjid itu akan dibuka semula awal semalam bagi membolehkan orang Islam menunaikan solat subuh.
“Saya amat mengambil berat berhubung ketegangan yang meningkat di seluruh bandar ini terutamanya melibatkan Masjid Al-Aqsa,” kata Kerry dalam satu kenyataan.
Tambahnya, beliau yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Israel, Jordan serta Palestin akan berusaha supaya ketegangan antara penduduk Pa­lestin dan Israel dapat diredakan.
Terdahulu, jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki berkata, Kerry dijangka menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam tempoh masa 24 jam akan datang bagi membincangkan situasi di sini.
– AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3HlmiUBX3 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment