Friday 21 November 2014

Israel tahan empat rakyat Palestin disyaki rancang bunuh menteri luar


BAITULMAQDIS: Israel menahan empat rakyat Palestin yang disyaki merancang untuk membunuh Menteri Luar, Avigdor Lieberman dengan roket anti kereta kebal ketika beliau memandu ke kawasan penempatan Yahudi di Tebing Barat.
Percubaan rancangan itu didakwa dilakukan oleh Hamas ketika peperangan di Gaza pada Julai-Ogos lalu.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi keselamatan Shin Bet Israel lewat semalam mengenal pasti tiga daripada tahanan terbabit sebagai anggota Hamas dan ketika disoal siasat mereka mengaku merancang pembunuhan berkenaan.
Mereka yang ditahan berharap pembunuhan menteri luar itu "akan menyampaikan isyarat kepada Israel untuk menamatkan peperangan di Gaza".
Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza tidak memberi maklum balas kepada dakwaan itu.
Shin Bet berkata, suspek didakwa di mahkamah tentera Israel tetapi tidak menyatakan bahawa mereka sudah membuat pengakuan.
Keempat-empat rakyat Palestin itu tinggal berhampiran kawasan penempatan Nokdim, di mana Lieberman turut memiliki sebuah rumah di situ. - Reuters

No comments:

Post a Comment