Tuesday 11 November 2014

Dua nelayan Gaza cedera, empat hilang bot ditembak Israel

ISNIN, 10 NOVEMBER 2014 @ 5:35 PM

  
BANDARAYA GAZA: Dua nelayan Gaza dilaporkan cedera manakala empat lagi hilang selepas tentera laut Israel menembak dua bot di luar pesisiran pantai, kata Perkhidmatan Keselamatan Hamas hari ini.

Pegawai keselamatan berkenaan berkata, mereka tidak pasti sama ada keempat-empat mereka yang hilang itu ditahan oleh Israel.

Tentera Israel pula mengesahkan, tembakan yang dilepaskan tentera laut itu memusnahkan sebuah bot yang didakwanya terbabit dalam penyeludupan namun tidak mempunyai maklumat mengenai empat nelayan yang dilaporkan hilang itu.

Pegawai keselamatan Hamas berkata, kedua-dua nelayan yang cedera itu dikeluarkan dari pelabuhan selatan Rafah selepas tembakan Israel memusnahkan kedua-dua bot.

Israel berkata kapal tentera lautnya mengesan bot yang terbabit dalam penyeludupan dari Mesir dan melepaskan tembakan amaran terlebih dulu. - AFP

No comments:

Post a Comment