Penduduk Palestin di Tebing Barat paling ramai ditahan di bawah kempen keganasan yang dilancarkan di rejim Zionis. |
Laporan PPC turut mendedahkan lebih 40 peratus daripada tahanan tersebut adalah remaja di bawah umur 18 tahun.
Sementara itu menurut laporan Press TV, peguam, Mufeed al-Haj memberitahu jumlah tersebut bukan sahaja meningkat malah hukuman yang dikenakan ke atas mereka juga semakin berat.
Minggu lalu, Knesset meluluskan undang-undang yang membenarkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dijatuhkan ke atas mana-mana penduduk Palestin yang disabit bersalah membaling batu atau objek lain terhadap penduduk Israel dan kenderaan mereka.
Ketika ini, lebih 7,000 penduduk Palestin ditahan di penjara Israel dan kira-kira 2,000 daripada mereka diberkas sejak beberapa bulan lalu.
No comments:
Post a Comment