Tuesday, 11 November 2014

4 nelayan Palestin hilang, dua cedera


Gaza City: Dua nelayan Palestin cedera dan empat lagi hilang selepas tentera laut Israel menembak dua bot di luat pantai Gaza, semalam.
Perkhidmatan keselamatan Hamas berkata, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada empat yang hilang itu ditangkap tentera Israel.
Tentera Israel mengesahkan mereka menembak dan memusnahkan sebuah bot nelayan dengan mendakwa ia terbabit dalam penyeludupan.
Bagaimanapun, laporan berkenaan tidak menyebut mengenai empat nelayan yang hilang itu.
Dua nelayan cedera itu diselamatkan di perairan tidak jauh dari pelabuhan Rafah.
Israel mengepung Gaza sejak lapan tahun lalu, termasuk melarang nelayan Palestin menangkap ikan melebihi enam batu nautika dari pantai.
Terdapat kira-kira 4,000 nelayan di Gaza, lebih separuh daripada mereka hidup dalam kemiskinan akibat kepungan rejim Zionis itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 November 2014 @ 5:04 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8113#sthash.yaUs47Ha.dpuf

No comments:

Post a Comment