Riyadh: Pihak berkuasa penerbangan awam Saudi (GACA) semalam menafikan lapangan terbang negara itu akan menguruskan penerbangan secara terus dari Israel pada musim haji tahun ini.
Jurucakap GACA, Khaled Al-Khaibari berkata, tidak akan ada penerbangan dari bumi Palestin yang dijajah rejim Zionis itu ke lapangan terbang Saudi untuk membawa jemaah haji.
Menurutnya, jemaah Palestin akan berangkat dari lapangan terbang Mesir atau Jordan.
Di samping itu, mereka juga akan berangkat untuk menunaikan rukun Islam kelima berkenaan menerusi jalan darat dengan merentasi Jordan.
Khaled berkata demikian selepas media Israel melaporkan kononnya akan ada penerbangan terus antara Israel dengan Arab Saudi untuk mengangkut jemaah haji, buat kali pertama dalam sejarah.
- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10
No comments:
Post a Comment