Wednesday 10 September 2014

Israel buat hal lagi


Gaza: Tentera laut Israel menahan empat nelayan Palestin dan merampas bot mereka semalam dalam tindakan yang dilihat sengaja dilakukan bagi mencetuskan kembali pergeseran selepas pertempuran berakhir bulan lepas.

Jurucakap Persatuan Nelayan Gaza, Nizar Ayyash berkata insiden berkenaan berlaku di Beit Lahiya.

Tentera Yahudi seperti biasa berkata, mereka akan menyiasat laporan itu.

Briged Izuddin Al-Qassam dan tentera Yahudi menghentikan pertempuran selama 50 hari pada 26 Ogos lalu dan bersetuju untuk melakukan rundingan gencatan senjata di Kaherah.

Sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui adalah Israel memperluaskan kawasan maritim antara lima dan sembilan kilometer, membolehkan nelayan Gaza beroperasi.

Mereka juga akan menimbang meluaskan lagi kawasan maritim itu dalam usaha membangunkan ekonomi wilayah itu.



- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10

No comments:

Post a Comment