Saturday 6 September 2014

Pembinaan semula Gaza memerlukan AS$7.7 bilion


ANTARA bangunan yang musnah di Semanjung Gaza sepanjang tempoh 50 hari peperangan dengan Israel. Pembangunan semula Semenanjung Gaza yang musnah akan menelan belanja AS$7.7 bilion. - Foto AFP
RAMALLAH: Pembangunan semula Semenanjung Gaza yang musnah sepanjang tempoh 50 hari peperangan dengan Israel akan menelan belanja AS$7.7 bilion (6 bilion euro), demikian menurut pakar Palestin dalam laporan hari ini.
Majlis Ekonomi Palestin bagi Pembangunan dan Pembinaan Semula Palestin yang turut bertanggungjawab dalam melaksanakan projek di bawah pembiayaan dan derma asing berkata, proses pembinaan semula Gaza akan mengambil masa lima tahun.
Malah, kecepatan proses itu bergantung sekiranya Israel sedia melepaskan semua sekatan terhadap seluruh Gaza.
Sejak 2006, Gaza dikenakan sekatan, termasuk larangan kemasukan bahan pembinaan yang dikatakan akan digunakan oleh militan untuk membina terowong dan mendirikan kubu.
Mengikut gencatan senjata yang dimeterai di Kaherah, Mesir, baru-baru ini, semua larangan berkenaan sepatutnya ditarik balik namun setakat ini tiada barangan dilepaskan menerusi pintu sempadan Gaza dengan Israel.
Konflik baru-baru ini menyebabkan lebih 2,140 penduduk Gaza terkorban, memusnahkan beribu-ribu rumah dan merosakkan loji jana kuasa elektrik dan puluhan kilang.
Antara 1.8 juta hingga 2.2 juta tan sisa akibat kerosakan bangunan dan kediaman mungkin boleh digunakan untuk menambak laut, demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh 13 pakar Palestin berkenaan.
Satu persidangan mengenai derma dan pembiayaan antarabangsa dijadual diadakan di Gaza, hujung bulan ini sama ada di Mesir atau Norway. - AFP

No comments:

Post a Comment